Friday 30 December 2011

+sportng person+ :)

jiwa sntiasa muda :)

hye guys...nk taw x ni sper??haha..ni la PROF sbjek sc aq 4 2 years...hehe..nk taw x np aq pggil cenggitu??huh,,ni pon ats khnndknye..rela dpggl cmnie..tah np xnk bdak2 pggl pki glrn CG..plik..haha..hm..nk cter pe ek??ntk pghtahuan kowg sume ni la frst tme aq jmpe prof yg pling sportng kowt,,huhu..aq kte pling sportng cz jwa dye xsme ngn  umo..tgk je la pic kt ats tue..lam mktb prof sowg je pki superbike nie..dr jauh lg bleh dgr bnyi moto nie,,ble lalu je sklip mta hlg,.,huh,mak ai,,ljunyer...da mcm dk lam ltar da,,hehe,,jgn mrh ek prof..prof nie gk mmhmi prsaan remaja cz dye pon msih rmaja gk,,tol ker??WE'RE WHT WE THINK..hehe,,pndi2 la jwb ek..law ngajr lam kls,,ni la tkg ajr pling sempoi,,g kls x pnh bwk bku,,kkdg ttgal mrker pen..msuk sembang+ngajar+sembg...pling best dgr prof cter psl zmn dye sklh,nk taw np??zman sklh,prof nie bdak nkal..haha,ngajr mmg xtgk bku,,thts y la aq kte sempoi..nk taw smthng x??haha,,dlm byk2 sbjek,,sbjek sc la,,sowg pon xpnah tdo..hbat x??haha..mmg xkn ad yg tdo tme sbjek nieyh,,xtaw la npe..mgkn bdak2 tkot ngn prof kowt..prof ni mcm2 wtk dye ad,,lwk+hepy+syes+grng+etc..haha,,tme dye grng,mmg grng sgt2..law prof bg mtivsi cket lam kls,,cnfrm ad yg ngis,,haha..touchng tol mtvte yg dye bg..law cring??ad gk..syg??haha,,skli je dye pnh ugkpkn pktaan tue kt ktowg,,haha..xkn diulg2..haha,,bku nota x pnah cek,,tp ske sgt minx scra mgejut..pas2  mle la rmi mgse yg kne pkul,,huhu,,aq pon pnh kne,,hehe..salu gk tme bljr kne torture..tp dgn torture 2 la wt kmi sume bjya lam pmr..hpefully taon dpan dpt ag jmpe prof nie lam klas,,hehe..sbnrnye byk ag sal prof nie aq nk cter,,tp mmg xhbis la..plus aq pon da ngntk,,nk tdo,,nnt law ad mse aq smbg ag..soe law ayt tgang lnggang,,hehe..THNX A LOT PROF...WE ALL LOVE U,,haha :)
 

Thursday 29 December 2011

+tblmte yg stu hti,,hehe+

alhamdulillah... :)

22 DEC 2011...hye guys...hr nie pg2 la aq da bgn..huhu,,nk taw np?? cz rni dak2 f3 slruh M'sia amek result PMR dowg..rni jgklah tjwb sgla usaha dowg slma 3 thun..tpat jam 10 pg stiap sklh akn mgumummkn kputusan2 yg cmrlg..bg pljr yg dpt kptusan cmrlg dowg akn blik umh ngn HAPPY MOOD,,bg yg sbliknyer,,kowg phm2 la sndri ek..heherni aq xg amek reslt ngn parnts cz dowg kje..aq g mktb ntk amek rslt wit my sis lorh,,huhu..enjoy la dpt kua ngn dyer...lme gler kowt aq tgu dye blik dr kolej dye...kna tgu dye hbis kls lu..tgu dye dr kul 10-12..lme ngat,,naik fed up adk aq,,huhumse nk tgu dye blik,,parnts aq kol minx no. glirn PMR cz dowg nk tgk kt ofis dowg..huhu...aq bg je la..lpas pd 2 ayh aq kol n dye ckp aq just dpt 8a 1b..aq x dpt skor kt sbjek b.arb,,sdih lorh mse dgr mle2..huhu..jtuh gk air mta nie,,xthn ngat sdih..phm2 la ek??tp aq pkir mgkin 2 je rezki yg aq dpt...aq syukr gk cz sume sbjek teras aq dpt skor yg slma ni xpnah nk skor pon..plus aq xbp pndi ngat sbjek b.arb nie..amek pon cz mktb suh,,huhu,..kowg nk taw x,,rmi gkyg stuck kt b.arb nye sbjek,,sian lorh..nk wt cne frst tme an..huhu..kul doblas bru akk aq smpi kt umh,,aq da hepi da tme 2..mls da nk pkir2..haha,,akk said cngrts cz dpt klhkn dye tme PMR..haha..akk aq jles gk cz tnang dye asyk cngrts kt aq jer,,tah ppe akk tue..yg cm2 pon nk jles ke..hehe..yg aq lwknye,,tblemte aq pon dpt 8a 1b gk,,sume stuck kt b.arb..ktowg nie mmg stu hti la..tp sowg dr tblemte aq dpt 9a..nk wt cne 2 rzki dyer..xpe la,,xkesh..yg pntng aq syukr sgt2..alhmdulillh..thnx 2 everyone especially 2 my teachers,frenz n everybody who gves support to me.. :)

oh no!!!nervous day?? -_-


Sunday 25 December 2011

+kitakan bdax sekolah+


Slip keputusan SPM yang berada ditangannya dipandang puas. Senyumannya dari tadi tidak pernah lekang dari bibir. Berbaloi dengan apa yang dah aku buat. Boleh lah mohon nak jadi nurse…
“Amboi, senyum panjang nampak. Ni mesti dapat result meletop ni,” tegur satu suara. Lutfiyah menoleh. Senyumannya makin dilebarkan apabila terpandang Adryan yang sedang bersandar bahu pada tiang berdekatannya. Terima kasih juga pada Adryan. Sebab, Adryan lah yang telah banyak membaantu dia dalam subjek SPM. Lutfiyah menghulurkan slip keputusan yang berada ditangannya kepada Adryan.
“Wah. 5A+, 2A yang lain B. Bangganya aku ada makwe macam kau.” Ujar Adryan selamba.
Lutfiyah mencebik. Sejak bilalah aku jadi makwe kau!!!
“Okey lah. Daripada tak ada kan? Thanks dekat kau jugak. Kalau kau tak ada, aku rasa tak adanya result aku macam ni. silap-silap A pun tak ada.” Ujar Lutfiyah.
“No hal lah. Tak ada masalah pun. Lagi pun bantu-membantu tu kan baik. Kau pun ada ajar aku apa.” Balas Adryan.
“Tapi kau lagi banyak tolong aku. Herm, result kau apa erk? Okey tak?” soal Lutfiyah.
Slip keputusan yang berada di dalam fail dikeluarkan oleh Adryan. Kemudian dia hulurkan kepada Lutfiyah.
Nampak sahaja keputusan Adryan, pantas sahaja dia mengembalikan slip itu kepada Adryan semula.
“Kenapa?” soal Adryan pelik.
“Kan dah janji nak dapat result sama. Tak acilah kau dapat 10A. A+ pulak tu.” Ujar Lutfiyah. Malulah kalah dengan pelajar tak berdisiplin ni…
“Kau yang malas belajar. Nak buat macam mana?” balas Adryan selamba.
***
“WOIT!!! Berangan!” jerit satu suara.
“Tak tahu bagi salam ea? terkejut tahu tak?” marah Lutfiyah sambil mengurut-urut dadanya. Terperanjat gegirl. Habis hilang kenangan hampir 10 tahun dahulu yang berada di dalam kepalanya sebentar tadi.
Hampir sepuluh tahun dia tidak berjumpa dengan Adryan. Entah hidup lagi atau tidak lelaki itu. Kali terakhir dia berjumpa Adryan ketika mereka sama-sama mengambil keputusan SPM. Selepas itu, mereka tidak lagi bersua muka sehingga sekarang. Yang dia dengar Adryan telah melanjutkan pelajaran di UK. Itupun dari Ismail dia dapat tahu.
“Berangan lagi mak cik ni. Fiya!” Syikin menepuk kuat bahu Lutfiyah.
“Kau nak apa? Kacau jelah,” soal Lutfiyah.
“Kacau pulak. Weh! Kau ni, tengah kerja janganlah nak berangan lebih. Kalau pesakit nampak, boleh direport kau dekat Doc tahu tak? Dah lah sejak dua menjak ni, kau punya prestasi kurang memberangsangkan. Nasib baik tak dicop Nurse terteruk lagi.” ujar Syikin.
Lutfiyah mencebik. Mengarut jelah Syikin ni…
“Kau fikirkan apa ni?”
“Tak fikirkan apa-apa pun lah,”
“Jangan nak tipu! Aku kenal kau dari Form 1 tau. Kau tengah fikirkan Ryan kan?” duga Syikin.
Mana tau ni? Lutfiyah memandang tajam Syikin…
“Mana ada aku fikirkan dia. Buang masa je,” balas Lutfiyah.
“Jangan ingat aku tak tahu. Aku dengarlah semua perbualan kau dengan Ryan masa Form 5 dulu. Ingat tak, hari Isnin, waktu PJ, Ryan nak pindah? Aku dengar semuanya…” ujar Syikn sambil ketawa jahat.
Lutfiyah ternganga. Tak guna!
“Terror tak aku simpan rahsia yang aku dengar hampir sepuluh tahun lamanya? Terror kan. Tapi kau jangan risau, aku sorang je yang dengar.”
“Apa yang kau dengar dulu, sekarang dah tak ada maknanya lagi. Apa yang Ryan cakap semuanya tak jadi. Konon nak masuk meminang lepas SPM, tak ada pun!” marah Lutfiyah.
“Percayalah pada yang namanya jodoh. Kalau ada jodoh adalah Ryan masuk meminang kau. Kalau tak ada, kau pungutlah Bangla kat tepi jalan tu buat jadi laki,” gurau Syikin sambil ketawa.
Lutfiyah terdiam. Tiba-tiba dia teringatkan kata Neneknya beberapa tahun lepas.
Imbas kembali…
“Kamu nak tunggu si Ryan tu nak buat apa, Fiya? Tak payahlah kamu mengharapkan sangat dia. Dengan kelebihan yang dia ada, dia boleh dapatkan perempuan yang lebih sempurna daripada kamu ni. Entah-entah dah berderet anak dia dengan minah salleh. Kamu pun dia dah tak ingat agaknya. Kalau ada jodoh, adalah kamu dengan dia.”
***
KELUAR sahaja dari perut Myvi, Lutfiyah mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke pintu rumah batu setingkat itu. Sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia tiga tahun lepas, neneknya telah memutuskan untuk menjaga dia di Kuala Lumpur. Pada mulanya, dia melarang kerana dia takut neneknya tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana Kuala Lumpur. Namun, neneknya tetap bertegas untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Kalau diikutkan dia tidaklah keseorangan kalau neneknya tidak berpindah ke Kuala Lumpur. Abangnya kan ada. Setelah dipujuk, akhirnya dia membenarkan neneknya menetap bersamanya sahaja. Lagipun, boleh dibuat teman.
“Assalamualaikum,”
“Wa’alaikumsalam,”
Laa… abang Lan dengan kak Rozi pun ada. Pantas sahaja dia menyalam tangan abang dan kakak iparnya.
“Lama sampai?” soal Lutfiyah.
“Baru je. Lewat balik hari ni. biasanya pukul 5 dah ada dekat rumah.” Tegur Rozia.
Lutfiyah mengeluh. Kepalanya dilentokkan kebahu kakak iparnya itu.
“Hari ni banyak kerja. Tu yang balik lewat. Penat sangat hari ni,” balas Lutfiyah.
“Mana ada kerja yang tak penat. Kerja buat tahi mata je yang tak penat,” ujar Ruslan pula.
“Mana nenek? Tak nampak pun dari tadi.”
“Ada dekat dapur. Mandikan cicit-cicit kesayangannya.” Balas Ruslan.
“Eeee… apalah suruh nenek mandikan Ameer dengan Maya.”
“Nenek yang nak. Nak buat macam mana?”
Lutfiyah mencebik.
“Kalau Fiya jadi nenek, tak hingin nak mandikan si Ameer dengan Maya tu. Dah lah degilnya kemain macam ayah dia. Dah besar-besar pun nak suruh nenek mandikan.”
“Amboi. Kutuk abang Lan ea? peduli apa. Lepas ni, Fiya kena mandikan Ameer jugak.” Balas Ruslan.
“Asal pulak?”
“FYI, abang Lan dengan kak Rozi nak pergi honeymoon yang ke dua. So, kita orang terpaksa tinggalkan Ameer dekat sini. Nak tak nak, Fiya kena mandikan Ameer dengan Maya jugak. Tak kan nak suruh nenek buat pulak kan?”
“Eeee… tak aci. Dia sedap-sedap honeymoon, orang pulak yang kena jaga anak dia. Tak apa. Asalkan jaga Ameer dengan Maya ada tips.” Ujar Lutfiyah.
“No hal, setakat nak kasik tips dekat Fiya apalah sangat kan.”
***
“APA tu gaduh-gaduh? Cubalah jangan nak bergaduh adik beradik. Tak elok lah,” Siti Maimun sudah mula membebel.
Lutfiyah yang sedang menonton televisyen menoleh kearah neneknya sebelum mengalihkan pandangan kepada anak-anak buahnya.
“Maya ni, Oyang. Orang dah ajar banyak kali pun tak faham-faham jugak.” Adu Ameer.
“Maya pulak? Abang Ameer lah ajar tak betul. Macam mana orang nak faham? Sudahlah Abang Ameer ajar tak macam cikgu Maya ajar. Cikgu Maya tak ada pun ajar yang macam Abang Ameer ajar ni tahu tak? Susahlah nak faham formula yang abang Ameer ajar ni,” rungut Maya.
Lutfiyah ketawa kecil. Pergaduhan itu mengingatkan dia pada Adryan. Dah macam Ryan dengan aku pulak si Ameer dengan Maya ni.
Imbas Kembali…
“Kau ajar apa ni Ryan? Satu apa pun aku tak faham. Macam tak betul je apa yang kau ajar ni,” tegur Lutfiyah.
“Apa yang tak betulnya? Macam nilah jalan kerjanya.” Balas Adryan.
“Apa yang betul? Tak pernah pun jumpa formula ni masa cikgu ajar.”
“Kau tidur dalam kelas ke sampai tak pernah jumpa formula ni? Betul lah ni. Nak carik Area Of Triangle kena guna formula 1/2ab sin C. Yang kau baik sangat menyusahkan diri guna formula budak darjah tiga ni nak buat apa? Lepas tu nak salahkan aku pulak. Lembap!” Marah Adryan pula.
Lutfiyah menarik muka. Susah betul kalau dapat Ryan jadi mentor Add Math ni lah. Cikgu Ina memang saja je tau nak biar Ryan ni yang ajar aku! Tak apa… nanti masa Agama Islam jangan harap aku cakap bebaik dengan kau kalau kau nak tanya apa-apa!
“Fiy. Kenapa aku jawab lembu cikgu tanda salah? Padahal kan betul lembu tu salah satu ciri-ciri binatang untuk berkorban.” Soal Adryan.
Erk?
“Kau ni? sekolah dah berapa lama? Tak pernah belajar Bahasa Melayu ke? Kau tak dapat nak bezakan ciri-ciri dengan contoh ea? Lembap!” Lutfiyah membalas dendam.
Adryan terkejut. Amboi!
“Ada beza ke? Habis tu jawapan dia apa?”
“Tu. Buku rujukan Agama Islam bukan main tebal dekat depan kau tu. Selak. Carik sendirik!”
“Malas lah.” Ujar Adryan.
“Kau semuanya malas! Time Agama Islam je, kau malas. Asal kau malas je, mesti masa Agama Islam. Eh, aku nak tanya kau lah. Dalam banyak-banyak bab lah, bab mana yang kau mahir? Semuanya aku tengok haru biru kertas jawapan agama kau.”
“Eh. Adalah. Kalau cikgu keluarkan bab poligami, perkahwinan dalam Islam, yang tu aku terror.” Balas Adryan sambil mengangkat-angkat keningnya.
“SUDAH lah! Malas nak belajar dengan Abang Ameer lagi. Maya nak mintak mama tolong ajarkan,” jeritan Maya mengembalikan Lutfiyah ke dunia sebenar.
Langkah kanak-kanak yang berusia 7 tahun itu dipandang oleh Lutfiyah. Dari Ameer lahir memang sudah diajar oleh Ruslan Dan Rozia untuk memanggilnya dengan panggilan mama. Sebab apa pun dia tidak tahu.
“Maya nak tanya apa? Soalan tolak je pun. Tak kan tak tahu?”
“Susahlah mama…”
***
“AKU dengar kau kena transfer ke KL, betul ke?” soal Ismail. Wajah rakannya dipandang.
Adryan terdiam.
“Mana kau tahu?” soalnya
“Umi kau lah. Dia bagitahu mak aku.” Balas Ismail.
“Betul lah tu. Aku sebenarnya malas lah nak bertugas dekat KL ni. aku lebih selesa stay dekat JB.” Adu Adryan.
“Nak malas apa pulak? Kan lebih baik kau dekat sini. Balik negeri sendiri. Kau duduk dekat JB tu pun bukannya ada sesiapa pun. Family kau semuanya dekat sini kan.”
“Memanglah. Tapi aku lebih selesa dekat JB. Dah lama bertugas dekat situ kan. Entah dapat sesuai ke tidak dekat tempat baru tu nanti.” Balas Adryan.
“Alahh! Kau nak mengadu dekat aku pun tak ada gunanya. Kau mula bertugas Isnin ni kan. Nama kau pun dah tersenarai dalam senarai nama Doktor HKL. Kenalah kau bertugas jugak dekat sini.” Uajr Ismail.
Ye tak ya jugak!. Adryan tersengih.
“So, apa cerita kau sekarang?” soal Adryan mengubah topik perbualan.
Ismail yang sedang menyedut jus tembikai terhenti.
“Aku? Macam nilah. Sama je dengan apa yang kau tengok sebelum ni.” balas Ismail.
“Makin berisi kau sekarang.” Tegur Adryan.
Ismail tersenyum senang.
“Bahagia.” Balas Ismail.
“Mana tak bahagia. Pengantin baru lah katakan,” usik Adryan. Tidak disangka Ismail yang dikenali sejak tingkatan satu sudah berumah tangga dengan kawannya juga, Hidayah. Entah bila mereka bercinta pun dia tidak tahu. Sadar-sadar sahaja sudah ada kad undangan perkahwinan di kotak surat rumahnya di Johor Bahru. Mahu tak terkejut dia melihat nama bakal mempelai ketika itu. Namun, dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Ismail kerana ada masalah ketika itu.
“Well. Kau kalau nak bahagia macam aku ni, kahwin lah cepat-cepat.” Saran Ismail.
“Siapa lah yang nak dengan aku ni.”
“Laa… aku ingatkan dah ada anak orang Bugis yang dah kau tarik tuk buat jadi bini. Perempuan Johor cantik-cantik hoh. Cariklah satu,”
Adryan hanya mendiamkan diri. Malas mahu membalas kata-kata Ismail. Tidak dinafikan memang ramai gadis-gadis Johor yang cantik. Namun, dalam pada kecantikan mereka, dia masih tetap menginginkan seseorang itu yang tidak kurang cantiknya yang hampir 10 tahun dia tinggalkan ‘gantung tak bertali’ gadis itu. Fiy dah kahwin ke belum erk? Nak tanya Mail, malulah pulak!
***
LANGKAHNYA diatur pantas apabila terlihat Syikin yang sedang melambaikan tangan kearahnya. Dengan tangan kiri yang memimpin Ameer dan kanan memimpin Maya, dirinya tak ubah seperti ibu beranak dua. Sampai sahaja di hadapan Syikin, pantas sahaja tapak tangannya dihulurkan
.
“Mana purse aku?” soal Lutfiyah.
Pagi tadi punya pasallah ni. kalau tak neneknya menelefon memberitahu bahawa Mak Uda nya sakit di kampung, tak adanya dia meminta cuti sehari setengah dan tak adanya beg duitnya tertinggal di kaunter wad tadi. Ini mesti tercicir sewaktu dia mengeluarkan barang dari beg tangannya tadi. Nasib baik Syikin ada perasan beg aku ni, kalau tak satu kerja lagi nak mencari satu hospital.
Kenet-kenet ni pun satu. Sibuk nak ikut masuk. Jalan lambat pulak tu! Orang nak cepat, saja je nak makin melambatkan lagi.
“Sabarlah kau ni pun,” balas Syikin.
“Aku nak cepatlah. Nasib baik tak ada JPJ tadi. Kalau tak, memang haru je. Dahlah lesen tak ada, IC pun tak ada. Nak rasuah pun duit tak ada.” Rungut Lutfiyah. Hui… tak mo tak mo rsuah! Lelaki yang sedang bersama Syikin tadi tidak dihiraukan. Yang dipedulikan, dia mahu begnya segera.
“Fiya kan?” tegur lelaki itu.
Lutfiyah terkejut. Kepalanya ditolehkan. Ryan?
Perlahan-lahan kepalanya diangguk-anggukan.
“Hei… lama tak jumpa. Makin cantiklah sekarang.” Puji Adryan.
Lutfiyah tidak terkata. Dia hanya tersenyum. Tergamam sebenarnya dia. Tidak disangka boleh berjumpa dengan Adryan di situ. Diperhatikan Adryan dari atas kebawah. Banyak yang dah berubah lelaki ini. Semakin tinggi perasannya. Kulit pun makin cerah. Nampak lebih matang. Yang penting… makin handsome!
“Fiy! Berangan ea?” tegur Adryan sambil tersengih. Malu ditilik sebegitu oleh Lutfiyah. Namun, sengihannya termati apabila terpandang dua wajah yang sedang merenungnya itu. Siapa diaorang ni?
“Siapa ni? anak ke?” soal Adryan perlahan.
“Mama… cepatlah. Nanti lambat sampai kampung.” Belum sempat Lutfiyah membalas, Maya sudah merengek.
“Yelah. Sabar sekejap. Tunggu Auntie Syikin ambik purse mama sekejap,” Pujuk Lutfiyah.
Setelah beg duitnya berada ditangannya semula. Lutfiyah meminta diri.
“Aku blah dulu Syikin, Ryan. Lain kali jumpa lagi.” Ujar Lutfiyah. Namun, sempat lagi dia memandang Adryan yang seolah-olah tidak menghiraukan pamitannya itu.
Setelah hilang susuk tubuh Lutfiyah dari pandangan matanya, Adryan menoleh Syikin.
“Dia dah kahwin ea?” soal Adryan.
Syikin terdiam dan hanya menjongetkan bahunya sebelum meninggalkan Adryan keseorangan.
Adryan mengeluh perlahan. Sampai hati kau Fiy! Kau lupa ke apa yang aku pesan dulu? So, kalau ada lelaki yang nak tackle kau, cakap kau aku yang punya! Dia masih ingat kata-katanya dahulu. Tak kan sama sekali dia lupa. Stetoskop yang tergantung dibatang lehernya diambil dan dimasukkan kedalam kocek kot putihnya sebelum melangkah meninggalkan koridor hospital dengan hati yang hancur. Kecewa? Ya. Memang dia sangat kecewa.
***
“MORNING Syikin!” tegur Lutfiyah.
Syikin memandang pelik Lutfiyah. Tiba-tiba je baik nak morning dengan aku ni pehal? Sebelum ni biasanya asal datang je muka dah macam nak minta penampar je. Hohoho..
“Kau kenapa hari ni? demam? Tak pernah-pernah ceria macam ni,” soal Syikin,
Lutfiyah tersenyum.
“Mestilah ceria. Kan aku cuti semalam. Happylah dapat jumpa kau hari ni.” balas Lutfiyah.
“Ye jelah kau ni. Entah-entah sebab Ryan tak?” teka Syikin.
“Hisyh! Tak masal sebab dia,” Lutfiyah menyangkal.
“Ye jelah. Tu, Ryan datang sini tu,” ujar Syikin apabila melihat Adryan yang sedang melangkah kearah mereka.
Lutfiyah terpegun. Alamak!
“Syikin, aku nak tengok report patient dekat katil hujung sana tu, tak ada pun dekat katil dia.” ujar Adryan. Lutfiyah langsung tidak dipandangnya.
Lutfiyah tersentap. Ryan tak nampak aku ke?
Pantas sahaja Syikin menghulurkan report yang sememangnya berada ditangannya kepada Adryan.
Setelah menyemak sesuatu, Adryan kembali mengatur langkah meninggalkan mereka berdua.
“Weh. Kenapa dia tak tegur kau? Dia tak nampak ke?” soal Syikin perlahan.
Lutfiyah menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Kemudian, dia mengerutkan dahinya. Habis rosak mood aku!
“Herm… dia buat apa dekat sini erk? Setahu aku dia bukan kerja dekat sini kan?” soal Lutfiyah.
Syikin mengeluh. Apalah nak jadi dengan member aku ni? lembap bebenow otaknya ni kenapa? Terus sahaja dia meninggalkan Lutfiyah tanpa jawapan. Tak kuasa mak nak jawab lah nyah! Fikir-fikir lah sendiri…
***
“Ryan!” jerit Syikin sambil melambai-lambaikan tangannya kearah Adryan yang sedang menatang dulang makananya.
Lutfiyah yang sedang menjamah sandwich tersedak. Apa ni? jerit-jerit! Syikin ni dah gila ke apa? Saja je nak ajak Ryan makan dekat sini. Marah aku dekat Ryan tadi tak hilang lagi tau…
“Eh. Jom lah join kita orang. Lagi pun meja dah penuh kan.” Pelawa Syikin kepada Adryan.
“Tak apa ke?” soal Adryan.
“Nak apanya? Duduklah.” Balas Syikin.
Adryan sekadar mengangguk dan melabuhkan punggungnya ke kerusi bersebelahan dengan Syikin dan berhadapan dengan Lutfiyah.
“Hai, Fiy.” tegur Adryan.
“Hai.” Balas Lutfiyah perlahan.
“Apa khabar?” soal Adryan. Entah kenapa marahnya pada Lutfiyah seakan sudah hilang. Dia seolah-olah tidak dapat menahan diri untuk berborak dengan gadis dihadapannya itu.
“Baik.” apa kena dengan Ryan ni? sekejap baik, sekejap tingtong…
“Herm… anak-anak sihat?” soal Adryan lagi.
Lutfiyah mendongak memandang Adryan. Anak? Sejak bila aku beranak?
“Anak? Sejak bila aku ada anak? Anak buah adalah. Dia orang baik. Alhamdulillah,” balas Lutfiyah.
Adryan mengerutkan keningnya. Kemudian dia menoleh memandang Syikin di sebelahnya.
Syikin yang melihat kerutan di wajah Adryan melepaskan tawa yang sengaja dibesarkan apabila dia teringatkan sesuatu. ‘dia dah kahwin ea?’
‘Hisy… Syikin ni ketawa macam puntianak lapar ni kenapa?’
“Kau dah kenapa, Kin?” soal Lutfiyah.
“Tak da… aku tergelakkan dia ni. Kau mesti ingat yang Fiya dah kahwin kan? Dengan anak-anak buah dia hari tu mesti kau fikir dia orang tu anak Fiya kan?” soal Syikin kepada Adryan.
Adryan terdiam. Anak-anak buah? So… Adryan berfikir sejenak. Kemudian dengan perlahan-lahan bibirnya terukir senyuman.
“Eh. Tapi kenapa dia orang panggil kau mama?” soal Adryan.
“Suka hati dia oranglah nak panggil aku mama.” Balas Lutfiyah malas. Laaa… sebab ni je dia tak tegur aku pagi tadi? buang masa jelah aku fikir kenapa dia tak tegur aku. Tulah, len kali siasat dulu baru nak salahkan orang lain. Ngomel Lutfiyah.
***
Beberapa helai bajunya dimasukkan kedalam beg galas. Sambil itu, mulutnya tidak berhenti-henti membebel.
“Entah siapa punya cadangan lah yang nak buat reunion hujung-hujung minggu ni? kacau hari cuti aku ajelah.” Bebel lutfiyah seorang diri.
“Ni mesti kerja si Mail. Dia ni kan, Tau lah nak haneymoon, itupun nak ajak budak-budak kelas. Hisyhhh geram betul!” sambungnya.
Deringan telefon bimbit mengejutk Lutfiyah. Hisyh… orang tengah bussy, sebok betol lah Dayah ni… telefon bimbitnya dicapai.
“Hello, Fiy.”
“Hello, nak apa?” soal Lutfiyah. Nadanya sengaja ditinggikan.
“Amboi… macam marah je,”
“Memang! Angin dengan laki kau ni.”
Hidayah ketawa.
“Tak apa. Esok pagi bila kau jumpa dia, kau belasah je dia.” Ujar Hidayah.
Hisy… gila ke Dayah ni. karang aku belasah betul-betul laki dia baru tau…
“Kau telefon aku ni ada apa?” soal Lutfiyah.
“Aku nak pesan dekat kau, esok pagi Ryan amik kau. Tak payah bawa kereta banyak sangat. Bumi tengah sakit ni,” ujar Hidayah sambil tertawa kecil.
Ngarut apa Dayah ni?
“Herm… yelah!”
Setelah tamat perbualan, Lutfiyah mencampakkan telefon bimbitnya keatas katil miliknya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering lagi. Pantas sahaja tangannya mencapai semula telefon bimbit tersebut.
“Kau nak apa lagi ni Dayah? Aku taulah, esok aku naik Ryan. Tak payah bawa kereta banyak sangat, bumi tengah sakit! Tak payah nak ingatkan aku lagi lah. Aku ingat!”
“Woit, woit! Sejak bila aku jadi Dayah. Dengan salam tak ada. Tetiba terus nak serbu aku.” Lutfiyah terkejut apabila mendengar suara pemanggil. Skrin telefon dipandangnya. Number siapa ni?
“Siapa ni?” soal Lutfiyah.
“Akulah. Ryan.”
“Ryan? Mana kau dapat number aku ni?” soal Lutfiyah.
“Jumpa dekat public phone, Fiy.” Jawab Adryan selamba.
Cis… nak menipu tu cubalah jangan dengan aku…
“Kau nak apa?” soal Lutfiyah.
“Nak bagi tahu esok aku amik kau. Siap cepat sikit. Pukul 7.00 aku amik kau. Jangan lambat! Tak payahlah pakai lawa-lawa.” Pesan Adryan.
“Siapa yang nak pakai lawa-lawa?”
“Kau lah. Mana tau, bila naik aku kau nak make up over sikit dari selalu.” Ujar Adryan sambil ketawa mengusik.
“Tak ada pasal aku nak make up cantik-cantik semata-mata kau. Tak kuasalah aku,” balas Lutfiyah.
“Cheh! Bongkak. Tak apa, kita tengok.”
***
Pinnnnnn!!! Pinnnnnn!!!
“Woit. Sabarlah!!!” jerit Lutfiyah dari tingkat atas.
Pinnn pinnn pinnn pinnn pinpin!!!
Hisyhh… saja je tau hon tu dibuat lagu. Bising betul mamat ni lah. Kenapa lah tak ada jiran aku yang boleh tolong senyapkan dia? Ni semua Ryan punya pasal. Kalau tak dia ajak aku sembang sampai 3 pagi, tak adanya aku terbangun lewat. Nasib baik Subuh tak terbabas.
“7.10… herm, banyak betul buang masa aku.” Perli Adryan sesudah sahaja Lutfiyah meloloskan diri kedalam kereta lelaki itu.
“10 minit pun berkira!” balas Lutfiyah. Aku tunggu kau sepuluh tahun tak cakap apa-apa pun. Sambungnya di dalam hati.
“Asal kau lambat? Nak cakap kau berdandan lama sangat, aku tengok sama je rupanya.”
“Aku bangun lambatlah. Kau punya pasallah ajak aku borak malam tadi.”
“Kau bangun lambat? Apa lah nak jadi dengan anak dara sekarang ni? aku baru ajak borak sampai pukul 3 dah merungut. Nanti bila dah kahwin, kenalah kau tahan. Sebab, aku akan pastikan setiap malam kita tidur lewat.” Uajr Adryan sambil tersenyum nakal. Keningnya diangkat-angkatkan.
Lutfiyah mencebik. Bengong! Otak tengah kotor lah tu. Ingatkan sepuluh tahun tak jumpa, perangai dah berubah. Rupanya sama je…
***
“Amboi… aku tahulah korang ni dah lama tak jumpa. Tapi agak-agaklah sikit. Lambatnya sampai. Lama tau tak kita orang tunggu korang berdua ni?” ujar Syikin sinis. Keningnya diangkat-angkat selepas itu.
Lutfiyah mencebik. Dah agak dah. Ni semua mamat ni punya pasal! Aku dah cakap tak payah singgah makan, nak juga singgah makan. Orang dah pesan sarapan dekat rumah je, nak juga sarapan dekat kedai mamak depan taman aku tu. Hisyhhh…
“Dah semua sini-sini kumpul,” arah Adryan.
Cheh! Konon masih pegang status ketua lah tu nak arah-arahkan orang… Lutfiyah mencebik. Namun, dituruti perintah Adryan.
“Seperti yang semua tahu, reunion ni adalah khas untuk budak-budak 5S1 bunch kita. So, tahniahlah pada yang datang. Aku rasa semuanya ada kan? Tak sangka selepas hampir sepuluh tahun kita tak jumpa, tapi korang semua tetap sudi nak lepak-lepak macam dulu lagi walaupun umur dah meningkat. Thanks jugak pada Ismail yang bersusah payah rancang semua dan aktiviti kita selama tiga hari dua malam ni.” ujar Adryan penuh semangat.
Setelah Ismail memberikan jadual aktiviti yang disediakan, mereka semua mula melangkah ke hotel untuk merehatkan diri.
“Fiy. Kau tak sejuk ke? Cuma pakai cardigan je. Cuaca Cameron sejuk ni, kau tahan ke?” soal Adryan.
“Okey je. Mana ada sejuk sangat.” Balas Lutfiyah.
“Yeke? Tu, asal macam orang tengah kena kancing gigi je tu?”
“Mana ada.”
“Mana ada, mana ada. Macam aku buta tak nampak kau menggigil. Nah! Pakai jeket aku ni dulu.” Adryan menyerahkan jeketnya kepada Lutfiyah.
“Tak payahlah. Nanti kau pulak yang sejuk macam mana?” Lutfiyah tidak menyambut jeket yang dihulur Adryan.
“Amik! Kalau aku sejuk, aku mintaklah kau peluk.” Balas Adryan selamba sebelum meninggalkan Lutfiyah setelah perempuan itu menyambut huluran jeketnya.
Cis… dalam pada itu, Lutfiyah tetap menyarungkan jeket Adryan ketubuhnya. Perghhh… bau Ryan! Pening!!!
***
“Amboi… gantle nya Ryan. Siap kasi kau pakai jeket dia ni,” usik Syikin.
“Ryan kan over. Aku tak nak, dia nak juga suruh aku pakai.” Balas Lutfiyah. Perasan pulak minah ni aku pakai jeket Ryan.
“Bukan over lah, Fiya. Dia sayang. Tu yang dia tak sanggup nak tengok kau menggigil kesejukan ni.” usik Hidayah pula.
Tak kuasalah nak layan lagi. Biarlah nak cakap apa-apa pun. Deringan telefon bimbit membuatkan Lutfiyah mencapai pantas telefon bimbitnya. Setelah melihat nama pemanggil di skrin, cepat sahaja dia melangkah menjauhi Syikin dan Hidayah.
“Cik Abang telefon lah tu,” jerit Syikin.
“Hello,” Lutfiyah menjawab.
“Hello sayang.”
Lutfiyah mencebik. Werk.!
“Nak apa ni? aku baru je nak rehat. Kau ni kacau jelah.” Marah Lutfiyah.
“Amboi… aku kacau sekejap jelah. Aku nak ajak kau keluar petang ni.” pelawa Adryan.
“Petang? Ni dah nak petang lah ni Ryan. Aku nak rehat lah. Malam ni dah ada aktiviti dengan budaknya lagi.” Tolak Lutfiyah.
“Aku tak kira. Aku tunggu kau dekat lobi hotel pukul 4 nanti. Kalau kau tak datang dalam pukul 4, jangan terkejut kalau aku serbu menyelinap masuk bilik kau.” Ujar Adryan serius.
Amboi… ugut nampak,
“Yelah.. yelah. Pukul 4 nanti aku datang. Dah jangan kacau aku lagi. Aku nak rehat. Kau kacau sekali lagi, aku cancelkan petang ni.” Lutfiyah pula mengugut.
“Iye…”
***
“Kenapa tak cakap kau nak ajak aku pergi pungut buah strawberry?” soal Lutfiyah.
“Kau tak tanya. Okeylah, memandangkan kau punya dress tak rupa macam orang nak pergi petik buah. Aku bawa kau jalan-jalan sekitar hotel ni jelah. Kau tak pernah sampai sini kan?” Soal Adryan selamba.
Banyaklah kau punya tak pernah sampai. Yang rombongan sekolah masa Form 3 tu apa?
“Jalan kaki je ke?” soal Lutfiyah.
“Tak lah Fiy. Naik unta. Aku Cuma nak ajak kau pusing hotel ni je. Tak kanlah nak naik kereta?”
Lutfiyah membuat muka. Aku ingatlah dia nak ajak pergi shooping ke apa ke. Kalau lah aku tahu dia ni cuma nak ajak aku jalan-jalan je, tak adanya aku nak pakai heel ni… buat sakit kaki je!
“Motif lah kau pakai heel ni, terpelecok padan muka.” Ujar Adryan. Lutfiyah menjeling. Dari belakang, ditoyolnya Adryan dengan mencebik-cebikkan mulutnya mengajuk kata-kata Adryan tadi. tanpa disengajakan, kakinya kerpijak batu dan tanpa dapat mengimbangi badan, tubuhnya jatuh terjelupuk ketanah. Huaaaa…. Mulut Ryan macam longkang!!! Baru je cakap, dah terpelecok!
“Woit! Woit! Kau okey ke tak ni?” soal Adryan cemas. Kononnya sahaja. Padahal, dalam hatinya sudah ketawa terbahak-bahak melihat Lutfiyah terjatuh. Padan muka! Ingat aku tak nampak kau buat apa dekat belakang aku tadi?…
“Okey kepala otak kau. Sakit tahu tak kaki aku? Tulah mulut jangan nak masin sangat. Kau punya pasal lah ni,” marah Lutfiyah. Makkk… sakitnya kaki.
Adryan mencangkung. Tangannya sebuk membelek-belek kaki Lutfiyah. Kasihan pula dia melihat Lutfiyah yang seakan-akan ingin menangis itu.
“Sorry lah. Meh sini aku tengok.”
“Sakitlah!” marah Lutfiyah apabila Adryan menyentuh kakinya dengan ganas.
“Diamlah! Urat tergalih ni Fiy. Aku betulkan ea?”
“Jangan kuat-kuat,” pesan Lutfiyah.
“Ryan!!! Kau nak cabut kaki aku ke apa? Doktor apa kau ni? Seksa pesakit je. Dahlah, aku nak balik. Aku suruh Syikin yang urut je nanti.” Ujar Lutfiyah. Kasut tumit tingginya dicabut dari kakinya. Ketika dia hendak berdiri, hampir sahaja dia terjatuh semula. Nasib baik ada tangan Adryan yang menahan tubuhnya.
“Jangan pegang-peganglah.” Marah Lutfiyah ketika Adryan cuba untuk membantunya berjalan.
“Habis tu? Kalau aku tak pegang, kau tak jalan tahu tak?” Balas Adryan. Tangannya tetap juga memimpin tubuh Lutfiyah untuk berjalan.
Baru selangkah, Lutfiyah sudah mengerang kesakitan. Adryan terkedu apabila melihat mata Lutfiyah yang sudah berair. Sakit sangat ke?
“Fiy. Kau tak bolah jalan ni.” ujar Adryan.
“Janganlah cakap macam tu. Aku nak jalan macam mana kalau tak boleh jalan?”
Hampir ketawa Adryan dibuatnya apabila melihat Lutfiyah yang merengek itu.
“Aku dukung ea?” pelawa Adryan.
“Gila ke?”
“Lebih baik jadi gila dukung kau, daripada jadi gila tinggalkan kau dekat sini macam orang tak ada hati perut kan?” balas Adryan.
“Sorry. Aku tak ambil kesempatan, okey.” Sambung Adryan sambil mencangkung semula dihadapan Lutfiyah, bersedia untuk menggendong wanita itu.
Lutfiyah serba salah. Kalau aku naik atas badan Ryan mahu bertamabah dosa aku. Ramai orang tengok pulak tu. Kalau tak naik, nak suruh aku mengengsot balik hotel ke? Ya Allah. Bantulah hambaMu…
Dengan ragu-ragu, Lutfiyah melingkari tangannya ke leher Adryan perlahan-lahan. Terpaksa ni!!!
Berhati-hati Adryan mengatur langkah menuju ke hotel.
“Ryan. Dekat sini tak ada pantai kan?” soal Lutfiyah perlahan.
Adryan tersenyum apabila mendengar suara lembut itu menampar cuping telinganya.
“Kenapa kalau ada? Kau nak dating dengan aku dekat pantai ke?” soal Adryan pulak. Senyuannya semakin dilebarkan.
“Banyaklah kau punya dating. Aku takut je kalau tiba-tiba ada Tsunami.” Balas Lutfiyah.
Adryan terkejut.
“Pergh… mulut kau. Aku cium karang!”
Lutfiyah memukul bahu Adryan kuat apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
“Woit! Woit! Terjatuh nanti,” ujar Adryan.
“Kau tu. Aku tumbuk karang. Gatal,” Lutfiyah mencebik.
Adryan ketawa.
“Fiy, dalam sepuluh tahun ni, kau tak rindu aku ke?” soal Adryan.
Lutfiyah terdiam. Rindu kah dia dengan Adryan? Dia pun tak tahu hendak menjawab apa.
“Kau ingat tak janji aku masa kita sekolah dulu?” soal Adryan lagi.
Perlahan-lahan Lutfiyah mengangguk.
“Sorry,” ujar Adryan perlahan.
“Kenapa?”
“Sebab apa yang aku cakap tu, semuanya tak jadi kan?”
Lutfiyah terdiam. Malas dia mahu mengiyakan.
“Kita lupakan pasal tulah Ryan. Aku malas nak fikir dah. Lagi pun, itu masa kita budak sekolah lagi kan? Tak matang lagi. Anggap je kau tak pernah cakap apa-apa dekat aku.” Ujar Lutfiyah tenang. Padahal dalam hatinya cukup terseksa berkata seperti itu. Namun, padanya lebih baik dia yang berkata begitu daripada mendengar ayat yang serupa dari mulut Adryan.
“Tak boleh Fiy! Aku tak nak kita lupakan apa yang dah aku cakap dulu. Sumpah! Apa yang aku cakap dulu memang lahir dari hati aku. Dan sampai sekarang apa yang aku rasa dulu masih aku rasa. Aku nak apa yang aku cakap dulu kita jadikan realiti Fiy.” Adryan menghentikan langkahnya seusai sahaja dia berkata.
Wajah Adryan yang begitu dekat dengannya dipandang.
“Maksud kau?” soal Lutfiyah.
“Balik dari cameron, aku bawa kau jumpa family aku.” Balas Adryan sambil meneruskan langkahnya semula.
“Hah?”
“Fiy. Aku nak cakap dengan kau sesuatu ni. Apa yang aku nak cakap ni, memang jujur dari hati aku.”
“Apa?” Lutfiyah menanti dalam debar. Dia nak melamar aku ke?
“Kau berat lah. Kau makan apa ni? nak patah tulang belakang aku.” Balas Adryan sambil ketawa besar.
Tak guna! Pantas sahaja Lutfiyah memukul kuat bahu Adryan. Hamek kau! Seronok agaknya mengutuk aku depan-depan?
“Weh. Sakitlah sayang. Janganlah pukul-pukul abang macam ni. Sudahlah badan-badan ni sakit dukung kingkong, bertambah-tambah sakitlah jawabnya.” Adu Adryan. Nadanya sengaja di manjakan.
Kingkong kau panggil aku? Cis… nak termuntah akulah dengar abang-abang-sayang ni.
“Tolonglah. Tak payahlah nak market sangat panggil aku sayang. Kita sebaya okey. Tak kuasa aku nak dengar kau bahasakan diri abang ni lah.” Marah Lutfiyah.
“Memanglah kita sebaya. Tapi ingat sikit ea, beza umur kau dengan aku hampir setahun juga tau. Aku dah lahir, mak kau baru je mengandungkan kau tau.” Balas Adryan.
Lutfiyah mencebik. Namun, dia tetap mengiyakan kata-kata Adryan tadi. beza umur dia dengan Adryan 10 bulan. Kalau tak silapnya, Adryan lahir awal bulan 2 dan dia lahir hujung bulan 11.
***
“Amboi pasangan kekasih tak hengat diri ni, mengalahkan Mail dengan Dayah yang sedang berhoneymoon ni. dah macam filem hindustan je aku tengok.” usik Syikin.
Adryan sekadar tersengih. Lutfiyah diletakkan perlahan-lahan di sofa.
“Sinilah aku tengok,” Adryan menarik perlahan kaki Lutfiyah semula apabila wanita itu menepis tangannya ketika dia hendak menyentuh kakinya yang sakit itu.
Lutfiyah mencebik. Dia sebenarnya malu diperlakukan sebegitu oleh Adryan dihadapan Syikin. Syikin dari tadi sudah tersenyum memanjang.
“Tak apalah Ryan. Kau balikkah dulu. Nanti aku suruh Syikin urut guna minyak je,” ujar Lutfiyah perlahan. Bukan dia ingin memperlkecilkan Adryan sebagai seorang Doktor, dia Cuma malu sahaja.
“Siapa ajar kau urut guna minyak? Syikin amik ais,” arah Adryan. Suaranya dikeraskan sedikit. Degil macam budak-budak!
Adryan melangkah keluar setelah memastikan Lutfiyah dalam keadaan yang baik. sebelum itu, sempat lagi dia berpesan kepada Lutfiyah.
“Dengan kaki kau macam ni, secara automatik, kau disqualified dari aktiviti malam ni. Aku tak nak tengok kau ada dekat bawah malam ni. Rehat je dalam bilik.” Pesannya.
***
“Woit. Termenung jauh nampak.” Tegur Ismail. Adryan tersengih. Tau je aku tengah termenung…
“Dia ada dekat atas je Ryan. Ajaklah turun. Yang kau tak kasi dia join malam ni kenapa? Lagipun malam ni just borak-borak je,” ujar Ismail.
Adryan terkejut. Ismail cerita pasal siapa ni? Lutfiyah kah? Kalau betul Lutfiyah, mana Ismail tahu?
“Mana kau tahu?” soal Adryan perlahan.
“Tu,” Ismail memuncungkan bibirnya kearah Syikin.
Adryan mencebik. Mulut tempayan betullah Syikin ni!
“Tak sangkakan, selain aku, kau pun sebok nak usha budak sekolah kita kan?” ujar Ismail.
“Dah suka, nak buat macam mana?” balas Adryan selamba.
“Tapi aku lagi tak sangka korang boleh bercinta. Yelah, korangkan dulu dah macam anjing dengan kucing.”
“Belum bercinta lagilah Mail. Kau ni, over sangat kan?”
“Laaa… aku ingatkan dah jadi dah. Aku dah bau nasi minyak je ni,” usik Ismail.
Adryan ketawa.
“Susahlah nak tackle dia balik. Aku macam rasa dia dah lain. Aku cuma takut je dia tolak lamaran aku. Aku cakap tadi yang aku nak bawa dia jumpa family aku pun dia macam tak ada respond.” Ujar Adryan.
“Itu bukan masalahnya lah Ryan. Meh sini aku kasi kau tips cara nak pikat perempuan. Sebelum tu bak gitar tu,”
Adryan menyerahkan gitar yang berada dipangkuannya tadi kepada Ismail. Dia memikir-mikirkan apa yang hendak dilakukan oleh Ismail.
“Dengar ea… sentuhlah dia tepat di hatinya, dia kan jadi milikmu selamanya, sentuh dengan setulus cinta, buat hatinya terbang melayang…”
***
Ketukan bartalu-talu membuatkan Lutfiyah terjaga dari tidurnya.
Weh!!! Siapa yang kacau aku tidur ni? ketuk pintu macam nak bebak pintu tu. Lonceng macam tak ada? Nak jugak ketuk-ketuk. Weh! Sabarlah! Lutfiyah membebel di dalam hati apabila ketukan dipintu tidak ada tanda-tanda mahu berhenti.
Terbuka sahaja pintu, Lutfiyah terkejut apabila melihat Adryan yang sedang menghulurkan sesuatu padanya.
“Ryan?”
***
Dua bulan kemudian…
Adryan yang sedang memcuci keretanya sambil bernyanyi kecil dipandang jengkel oleh Lutfiyah. Dua minggu menjadi isteri Adryan mmbuatkannya semakin mengenali lelaki itu dengan lebih dekat. Ada ketika dia senang dimanja oleh Adryan, ada ketika dia menyampah pabila diusik atau didengki oleh Adryan.
Hari ini sahaja, sudah dua kali dia terkena dengan Adryan. Pertama, pagi tadi bangun sahaja dari tidur, hampir sahaja dia mencium lantai bilik yang dipenuhi dengan buih sabun. Kerja siapa lagi, kalau tak Adryan. Adryan kalau hendak mengenakan orang, dia sanggup bangun pagi-pagi semata-mata hendak menyiram buih dilantai bilik. Kerja pula dia yang kena mengemop semula buih-buih itu.
“Merajuk lagi ke?” tegur Adryan.
Lutfiyah yang sedang menyiram pokok bunga menoleh sekilas kearah Adryan sebelum menjeling tajam kearah lelaki itu.
“Amboi… tak baik jeling suami sendiri tau.”
“Kalau abang tak cari pasal tadi, tak adanya Fiy jeling-jeling abang,” balas Lutfiyah. Abang? Pada mulanya dia tidak mahu memanggil Adryan dengan panggilan itu, namun Adryan yang berkeras mahu dipanggil Abang. Dia hanya menurut, setakat panggil abang, apalah sangat… Anak-anak buahnya juga dikerah oleh Adryan agar memanggilnya papa. Apa-apa sajalah Adryan…
“Jelinglah, abang tak heran pun! Nah amik ni!” baldi yang dipenuhi dengan air sabun pantas sahaja Adryan capai dan menyiram ketubuh Lutfiyah.
Lutfiyah terkejut. Getah paip yang berada ditangannya tadi terlepas.
“Abang!!!”
Adryan yang sudah ketawa besar pantas berlari masuk kedalam rumah mebiarkan Lutfiyah mengejarnya dari belakang.
***
Bintang yang menghiasi malam itu dipandang Adryan. Dihatinya, dia memuji kekuasaan dan kebesaran ALLAH. Melihat Lutfiyah yang sudah masuk kedalam bilik, membuatkan Adryan melangkah meninggalkan balkoni biliknya menuju kearah Lutfiyah. Senyumannya dilemparkan buat isteri tercinta.
Lutfiyah membalasnya senang. Kejadian petang tadi, dimana dia disimbah dengan air, telah dilupakannya. Malas mahu bergaduh dengan Adryan. Adryan kan mamang suka mendengki. Nak disuruh Adryan memujuknya? Jangan haraplah. Adryan mana tau bab pujuk memujuk. Lelaki itu sendiri yang mengakuinya.
Suis televisyen ditekan. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya disofa bilik tidurnya yang telah diduduki Adryan terlebih dahulu.
Carekarama di TV3 ditonton khusyuk. Sesekali tangannya memukul kuat tangan Adryan yang mula merayap itu.
“Apa?” soal Adryan.
“Tangan tu,”
Adryan tersengih. Kepalanya dilentokkan kebahu Lutfiyah.
“Walau jauh akan kugegas berlari, walau tinggi bisa kuterbang di langit, walau sedalam mana akan kuselami, kerana cinta sedalam itu mekar, bila ku dekat padamu…”
Lutfiyah menoleh kearah Adryan yang tiba-tiba menyanyi itu. Dia kemudianya ketawa kecil.
“Terima kasih sayang.” Ujar Adryan perlahan. Kepalanya diangkat semula dan memandang wajah Lutfiyah.
“Untuk?”
“Semuanya. Terima kasih sebab sanggup tunggu abang sepuluh tahun lamanya. Sudi terima abang apa adanya dan yang penting terima kasih sebab sudi jadi isteri abang dan lalui suka duka bersama. I love you so much, sayang. Bahkan lebih dari apa yang abang ada sekarang.”
Hampir menitis air mata Lutfiyah apabila mendengar kata-kata suaminya. Perlahan-lahan dia memeluk erat pinggang Adryan.
“Walau siapa pun abang, Fiy akan tetap terima abang sepenuhnya selagi abang terima Fiy seadanya. I love you too, abang.” balas Lutfiyah. Pelukannya semakin dieratkan apabila terasa Adryan turut membalas pelukannya.
Terima kasih TUHAN. Kerana mengurniakan insan yang sanggup harungi hidup bersama hambaMu ini. Adryan tidak akan disia-siakan. Itu janji Lutfiyah. Lutfiyah hanya membiarkan apabila terasa bibir Adryan mula merapati bibirnya. Biarlah malam ini, menjadi milik mereka berdua.
TAMAT